Accessibility Tools

Aktiviti

Perkhidmatan pinjaman dan pembekalan buku kepada pelanggan di Perpustakaan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan. Buku yang ditempah akan dipinjam dan diserahkan kepada pelanggan di Kaunter Pinjaman Perpustakaan ASWARA Tingkat 3 Blok B ASWARA. Permohonan tertakluk kepada status buku yang dipohon dan terma & syarat yang ditetapkan.Jika sedang dipinjam pelanggan lain, buku tidak dapat dibekalkan. Sekiranya waktu pungutan buku tidak ditepati, pelanggan diminta untuk menghubungi semula pihak perpustakaan untuk temujanji seterusnya dlam masa 7 hari.

Cara Permohonan :
  1. Dapatkan maklumat bahan yang ingin dimohon di katalog bahan WebOPAC
  2. Lengkapkan borang permohonan Perkhidmatan Pinjaman & Pembekalan
  3. Tunggu keputusan permohonan yang dihantar melalui email.
Syarat Permohonan :

 BILPERKARAPERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Pinjaman Buku Ahli perpustakaan kategori Staf Akademik/ Staf Bukan Akademik/ Pelajar bagi tujuan bahan sokongan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.
2. Kelayakan Pinjaman Kelayakan dan tempoh pinjaman buku adalah mengikut kategori keahlian perpustakaan.
3. Jenis Bahan Mengikut kelayakan kategori keahlian perpustakaan.
4. Tempoh maklum balas kepada pemohon Memberi maklumbalas kepada pelanggan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dengan menyatakan status BERJAYA atau TIDAK BERJAYA. 
5. Penyerahan Bahan I. Permohonan buku yang BERJAYA akan diserahkan dan pemulangan juga di kaunter perpustakaan Tingkat 3 Blok B mengikut waktu yang ditetapkan.
II. Permohonan TERBATAL sekiranya tidak dituntut 7 hari selepas notis maklumbalas di terima