Accessibility Tools

Ruang & Fasiliti

Image

KAUNTER PERKHIDMATAN

Kaunter Utama bagi perkhidmatan sirkulasi (pinjaman dan pemulangan bahan) terletak di tingkat 3 Perpustakaan Utama ASWARA. Pendaftaran dan tempahan ruang didalam perpustakaan juga dijalankan di kaunter utama.

Waktu operasi kaunter bagi urusan pinjaman dan pemulangan akan berakhir 30 minit dari waktu perkhidmatan perpustakaan (mengikut waktu yang digunapakai).

Tempat & Waktu Operasi

Tingkat 3 Perpustakaan Utama ASWARA. Akan berakhir 30 minit dari waktu perkhidmatan perpustakaan (jam 4.30 petang)

RUANG BACAAN

  • Ruang Bacaan Santai
    Ruang Baca Santai yang terletak di Aras 3 ini menyediakan ruang membaca bahan bacaan ringan seperti akhbar harian dan ruangan menunggu. Ruangan ini juga sesuai untuk tujuan perbincangan kerana ruang membaca di dalam perpustakaan tidak membenarkan pelanggan mengadakan perbincangan kecuali di bilik perbincangan. Pengguna juga boleh mengakses internet melalui Wi-Fi di ruang ini).
  • Ruang Bacaan Terbuka
    Ruang bacaan terbuka disediakan di sepanjang ruang perpustakaan di Aras 4 dan 5 yang mana dikhaskan untuk pengguna membuat ulangkaji dan belajar. Ruangan ini mampu menampung 100 pelajar dalam satu-satu masa. Bagaimanapun pengguna tidak di galakkan melakukan perbincangan di ruanagn ini bagi mengelakkan gangguan kepada pengguna lain.

BILIK PERBINCANGAN

Terletak di Aras 4, bilik perbincangan ini boleh menempatkan 30 pengguna dalam satu masa. Bilik ini digunakan untuk perbincangan atau kelas serta latihan yang bersesuaian. Bilik dilengkapi dengan rangkaian internet (Wi-fi), meja pensyarah, dan papan tulis.

Pengguna perlu memohon untuk menggunakan bilik ini dengan melengkapkan borang yang disediakan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh penggunaan.Penggunaan bilik ini terhad 2 jam sahaja.

BILIK AUDIOVISUAL

Bilik Audiovisual disediakan di Aras 3 dengan kapasiti 30 orang untuk pengguna melihat bahan rujukan audiovisual serta kelas yang berkaitan. Bilik ini dilengkapi dengan set televisyen dan pemain cakera padat, projektor dan papan tulis.

Bilik ini juga menempatkan koleksi media. Tempahan perlu dibuat 3 hari sebelum tarikh penggunaan secara dalam talian.

MAKMAL KOMPUTER

Menempatkan kemudahan 6 buah komputer bagi tujuan mengakses bahan elektronik. Komputer dilengkapi dengan perisian asas bagi tujuan pembelajaran. Pengguna juga boleh membuat tempahan bagi menggunakan makmal komputer untuk kerja berkumpulan dan perbincangan. 

Waktu penggunaan komputer terhad kepada 1 jam sahaja. Pengguna perlu mendaftar di kaunter perkhidmatan sebelum menggunakan komputer di dalam makmal.

Waktu Penggunaan

Waktu penggunaan komputer adalah terhad 1 jam sahaja

Image

BILIK KOLEKSI TERHAD

Terletak di Aras 4 perppustakaan, bilik yang menempatkan koleksi terhad seperti notasi muzik, koleksi skrip P.Ramlee dan koleksi kertas soalan. Pengguna perlu membuat permohonan bagi mengakses bahan di dalam bilik ini dengan melengkapkan borang yang disediakan. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar bahan daripada bilik dan perlu membuat permohonan untuk membuat sebarang salinan.

Image

KEMUDAHAN LAIN

  • Terminal WebOPAC
    12 buah komputer disediakan sebagai terminal WebOPAC di Aras 3,4 dan 5 bagi kemudahan pengguna membuat  pencarian koleksi perpustakaan. Pengguna juga dibenarkan untuk menggunakan terminal ini bagi mengakses sumber elektronik.
  • Mesin Pencetak
    Mesin pencetak di sediakan di Aras 3 , bagi membolehkan pengguna membuat salinan bahan rujukan koleksi terhad dan cetakan sumber elektronik melalui komputer yang disediakan di dalam perpustakaan. Pengguna akan dikenakan kadar bayaran tertentu bagi cetakan dan salinan. Pengguna perlu membuat permohonan di kaunter bagi menggunakan kemudahan ini.
  • Akses Internet (Wi-Fi)
    Pengguna boleh mengguankan capaian internet Wi-fi di dalam perpustakaan dengan menggunakan akaun akses yang didaftarkan. Pengguna luar boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan log masuk akaun "Guest".
  • Loker Simpanan
    Loker simpanan di sediakan di Pintu masuk utama Aras 3 perpustakaan. Terdapat 2 loker iatu loker awam terbuka dan loker pintar. Bagi penggunaan Loker Pintar pengguna perlu membuat permohonan dan tempoh penggunaan terhad 1 Jam sahaja.