Tempahan perlu dibuat sehari sebelum tarikh penggunaan dengan melengkapkan borang tempahan
Tempahan untuk penggunaan pada saat akhir adalah tertakluk pada kekosongan. Tempahan perlu dibuat 30 minit sebelum penggunaan.
Penambahan masa penggunaan dibenarkan dengan syarat tiada tempahan oleh pengguna lain dan perlu dibuat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tamat tempoh penggunaan.
Bilik yang telah ditempah dan tidak digunakan setelah 15 minit dari masa tempahan akan diberi kepada pengguna lain untuk digunakan.
Semua pengguna perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kemudahan ini akan digantung sekiranya terdapat pelanggaran peraturan.
Tempahan Loker
Tempahan perlu dibuat sebelum penggunaan dengan melengkapkan borang tempahan.
Penambahan masa penggunaan dibenarkan dengan syarat tiada tempahan oleh pengguna lain dan perlu dibuat sekurang-kurangnya 10 minit sebelum tamat tempoh penggunaan.
Tempoh penggunaan adalah terhad 1 jam sahaja.
Kod laluan akan di set semula selepas tamat sesi dan pengguna boleh membuat tuntutan barang di kaunter.
Semua pengguna perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Kemudahan ini akan digantung sekiranya terdapat pelanggaran peraturan.