Accessibility Tools

Koleksi Fizikal

Perpustakaan menyediakan pelbagai sumber fizikal yang terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bercetak untuk menyokong pembelajaran dan penyelidikan. Sumber bercetak merangkumi buku rujukan seperti ensiklopedia, kamus, serta manual teknikal, selain buku teks akademik, jurnal cetak, laporan penyelidikan, dan surat khabar. Manakala, sumber bukan bercetak termasuk bahan audio-visual seperti CD dan DVD, koleksi peta, serta dokumen khas seperti manuskrip dan lukisan seni. Kepelbagaian koleksi ini memenuhi keperluan pengguna perpustakaan untuk mendapatkan maklumat secara holistik dan komprehensif. Sumber fizikal di kategorikan dalam beberapa koleksi berikut:

Bahan bacaaan dalam koleksi ini merupakan koleksi akses terbuka dalam pelbagai bidang yang terletak di Aras  3 dan 4 Perpustkaan ASWARA.  Koleksi ini boleh dipinjam mengikut kelayakan pinjaman pengguna perpustakaan. Jenis penerbitan yang terdapat dalam koleksi ini adalah buku rujukan utama dan tambahan fakulti dan pusat pengajian dalam bidang seni, budaya dan warisan serta koleksi skrip.