Accessibility Tools

Koleksi Khas

Perpustakaan turut menyediakan koleksi khas dalam bentuk fizikal dan elektronik yang dibangunkan melalui kerjasama dengan pihak luar serta inisiatif dalaman. Antara sumber tersebut termasuk repositori video dan audio yang menyimpan bahan seperti dokumentari, rakaman kuliah, serta persembahan seni dan budaya. Sumber ini bukan sahaja memelihara bahan unik institusi tetapi juga menjadi rujukan penting kepada penyelidik dan pelajar dalam bidang tertentu. Kemudahan akses digital membolehkan bahan ini digunakan secara meluas tanpa batasan waktu dan lokasi.

doab

Repositori ASWARA merupakan arkib digital yang menyimpan, mengurus, dan menyebarkan hasil intelektual sesebuah institusi, terutamanya karya akademik seperti tesis, disertasi, artikel jurnal, laporan penyelidikan, dan bahan multimedia yang dihasilkan oleh warga ASWARA. Repositori institusi juga membantu dalam pemeliharaan jangka panjang dokumen-dokumen penting serta menyokong proses pembelajaran dan penyelidikan.

doab

Serambi Ilmu Rakyat (SIR) adalah satu inisiatif yang dijalankan oleh Yayasan Bank Rakyat untuk mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat dan menyediakan akses kepada pelbagai bahan bacaan serta informasi. SIR menyediakan kios digital yang membolehkan pengguna mengakses bahan-bahan elektronik termasuk e-buku, jurnal, dan majalah secara percuma. Ia bertujuan untuk meningkatkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat dengan menawarkan kemudahan teknologi maklumat di lokasi tertentu seperti perpustakaan dan institusi pendidikan. Perkhidmatan SIR Corner ini, boleh diakses oleh pelajar dan kakitangan ASWARA sahaja. Pengguna boleh Log masuk disini untuk menggunakan perkhidmatan ini atau kunjungi kiosk serambi ilmu rakyat di tingkat 3, perpustakaan. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kakitangan di Kaunter Utama atau di talian 05-27786064 (Reference Desk) atau emel kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk mendapatkan ID untuk log masuk ke laman web Serambi Ilmu Rakyat.

doab

MySeni merupakan Depositori penyelidikan merujuk kepada platform atau sistem yang digunakan untuk menyimpan, mengarkibkan, dan berkongsi hasil penyelidikan secara terbuka. Ianya digunakan untuk menyimpan data penyelidikan, jurnal, laporan, tesis, disertasi, dan bahan-bahan ilmiah ASWARA supaya boleh diakses oleh penyelidik, pelajar, dan masyarakat umum. Depositori ini membolehkan orang ramai mengakses, memuat turun, dan menggunakan hasil penyelidikan ASWARA untuk tujuan pendidikan, pembangunan, dan inovasi.

doab

ResourceSpace ialah sistem Digital Asset Management (DAM) sumber terbuka yang membolehkan organisasi menyimpan, mengurus, dan berkongsi aset digital seperti gambar, video, dokumen, dan fail multimedia lain dengan cara yang tersusun dan cekap. Platform ini membolehkan pengguna melabel aset dengan metadata untuk memudahkan pencarian, mengawal akses pengguna, serta menjejak sejarah dan versi fail. ResourceSpace sangat berguna bagi organisasi yang mempunyai kandungan digital dalam jumlah besar dan memerlukan pengurusan yang sistematik dan selamat.

doab

Buletin ASWARA ialah penerbitan rasmi Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang memaparkan rangkuman acara, kegiatan, dan program yang telah berlangsung di institusi tersebut. Buletin ini diterbitkan secara berkala dan berfungsi sebagai medium untuk menyampaikan informasi terkini berkaitan aktiviti dan pencapaian ASWARA kepada masyarakat umum.