Kelayakan Pinjaman
- Pelajar, Pensyarah (dalam tempoh Pembelajaran / Pengajaran di ASWARA), Pegawai, Kakitangan ASWARA serta Orang Awam boleh menggunakan kemudahan Perpustakaan dalam tempoh yang ditetapkan
- Kaunter perkhidmatan menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan.
- Pelajar , Pensyarah (dalam tempoh Pembelajaran / Pengajaran di ASWARA), Pegawai, Kakitangan ASWARA serta Orang Awam boleh menggunakan kemudahan Perpustakaan dalam tempoh yang ditetapkan
- Kelayakan pinjaman setiap kategori adalah berbeza mengikut jenis koleksi.
| KATEGORI | KOLEKSI AM | KOLEKSI MEDIA | KOLEKSI RUJUKAN |
|---|---|---|---|
| Pelajar Diploma / Asasi | 5 / 14 Hari | 1 / 7 Hari | 1 / 7 Hari |
| Pelajar Ijazah | 6 / 14 Hari | 2 / 7 Hari | 1 / 7 Hari |
| Pelajar Pasca Siswazah | 10 / 14 Hari | 2 / 14 Hari | 2 / 14 Hari |
| Staf Bukan Akademik (Tetap) | 6 / 14 Hari | 2 / 7 Hari | - |
| Ahli Akademik (Tetap) | 15 / 90 Hari | 4 / 7 Hari | 1 / 7 Hari |
| Staf Bukan Akademik (Sambilan / Kontrak) | 4 / 14 Hari | - | - |
| Staf/ Ahli Akademik (Sambilan / Kontrak) | 10 / 14 Hari | - | - |
| Pengguna Luar | 3 / 14 Hari | - | - |
Peraturan Pinjaman
- Akses kepada sumber digital di dalam dan luar kampus adalah terhad kepada warga ASWARA dan ahli berdaftar sahaja.
- Orang awam atau pengguna luar boleh mengakses koleksi di dalam premis perpustakaan dengan kadar bayaran kehalian yang telah ditetapkan bagi tujuan pinjaman.
- Akses dan kelayakan pinjaman tidak boleh dipindah milik. Peminjam tidak dibenarkan membuat pinjaman atau pembaharuan bahan untuk pihak ketiga.
- Ahli perpustakaan yang membuat pinjaman bahan perlu menyerahkan kad matriks/ kad pekerja / kad keahlian dikaunter perkhidmatan. Sila laporkan kepada perpustakaan dan pihak keselamatan sekiranya anda kehilangan kad matriks/kad keahlian.
Pembaharuan Pinjaman
- Peminjam boleh memperbaharui pinjaman melalui kaunter perkhidmatan, panggilan telefon di talian 03-27786064 ; atau melalui akaun pengguna di WebOPAC.
- Tempoh pinjaman diperbaharui sebanyak tiga (3) kali secara automatik. Peminjam boleh memohon lanjutan tempoh pinjaman dengan syarat bahan tidak ditempah oleh pengguna lain.
Tempahan Bahan
Bahan dalam pinjaman
- Buku yang sedang dalam pinjaman boleh ditempah oleh pengguna lain. Tempahan bahan boleh dibuat dengan melengkapkan borang perkhidmatan pengambilan koleksi atau melalui WebOPAC.
- Pemakluman status pemohonan dalam tempoh 3 hari bekerja melalui emel.
Bahan tidak ditemui
- Perkhidmatan ini disediakan sekiranya bahan perpustakaan tidak dijumpai dan tidak dipinjam. Sila rujuk staf perpustakaan yang bertugas dan melengkapkan borang perkhidmatan pengambilan koleksi. Tempoh pencarian bahan adalah selama 3 hari bekerja.
- Pemohon akan dimaklumkan status pencarian bahan melalui e-mel. Buku yang telah dijumpai akan masukkan ke dalam akaun perpustakaan pemohon sebagai tempahan sedia diambil untuk pinjaman.
Denda
Pendokumentasian denda adalah di bawah Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3 Tahun 2022 .Terdapat 2 jenis denda boleh dikenakan kepada pengguna seperti berikut :
Denda lewat pemulangan
Denda akan dikenakan pada pengguna sekiranya melebihi tempoh pinjaman mengikut kelayakan pinjaman yang ditetapkan. Had denda maksimum yang dikenakan bagi setiap bahan yang melebihi tempoh pinjaman. RM 100 / item
| KATEGORI | KOLEKSI AM | KOLEKSI RUJUKAN | KOLEKSI MEDIA |
|---|---|---|---|
| Pelajar | RM0.10 / Hari | RM0.30 / Hari | RM1.00 / Hari |
| Pensyarah / Ahli Akademik / Pegawai / Pengguna Luar | RM0.20 / Hari | RM0.50 / Hari | RM1.00 / Hari |
Denda kompaun kepada bahan-bahan yang hilang atau rosak
| PERKARA | CAJ BAHAN | CAJ PROSES | DENDA LEBIH TEMPOH |
|---|---|---|---|
| Bahan yang dinyatakan harga | Jumlah bayaran adalah berdasarkan jumlah tertinggi antara harga semasa bahan tersebut dengan harga yang dibayar semasa proses perolehan | RM 20 /bahan | Sekiranya melebihi tempoh pinjaman |
| Bahan Tanpa Harga (Penerbitan Tempatan) | RM 50/bahan | RM 20 /bahan | Sekiranya melebihi tempoh pinjaman |
| Bahan Tanpa Harga (Penerbitan Luar Negara) | RM 150/bahan | RM 20 /bahan | Sekiranya melebihi tempoh pinjaman |
Bayaran Denda
Bayaran denda boleh dilaksakan secara TUNAI di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan atau bayaran dalam talian melalui akaun pengguna di WebOPAC.
Rayuan Bayaran Denda
Pengguna yang dikenakan denda boleh memohon pengurangan dengan mengemukakan permohonan bertulis tertakluk kepada syarat berikut :
- Pengurangan hanya dibenarkan bagi denda lewat pemulangan
- Jumlah denda mesti melebihi RM50.00 bagi pelajar dan RM100.00 bagi staf dan lain-lain kategori keahlian.
- Kelulusan rayuan hanya boleh diberi SEKALI sahaja
Bayaran Melalui Pemotongan Gaji
Bagi staf bayaran melalui pemotongan gaji adalah dibenarkan dengan syarat berikut :
- Jumlah denda mesti melebihi RM100.00
- Pemotongan minimum RM 50.00 /sebulan
- Menghantar borang permohonan yang lengkap kepada pihak Perpustakaan ASWARA

