Alat Kebolehcapaian

Pinjaman

Kelayakan Pinjaman

  • Pelajar, Pensyarah (dalam tempoh Pembelajaran / Pengajaran di ASWARA), Pegawai, Kakitangan ASWARA serta Orang Awam boleh menggunakan kemudahan Perpustakaan dalam tempoh yang ditetapkan
  • Kaunter perkhidmatan menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan.
  • Pelajar , Pensyarah (dalam tempoh Pembelajaran / Pengajaran di ASWARA), Pegawai, Kakitangan ASWARA serta Orang Awam boleh menggunakan kemudahan Perpustakaan dalam tempoh yang ditetapkan
  • Kelayakan pinjaman setiap kategori adalah berbeza mengikut jenis koleksi.
 KATEGORIKOLEKSI AMKOLEKSI MEDIAKOLEKSI RUJUKAN
Pelajar Diploma / Asasi 5 / 14 Hari 1 / 7 Hari 1 / 7 Hari
Pelajar Ijazah 6 / 14 Hari 2 / 7 Hari 1 / 7 Hari
Pelajar Pasca Siswazah 10 / 14 Hari 2 / 14 Hari 2 / 14 Hari
Staf Bukan Akademik (Tetap) 6 / 14 Hari 2 / 7 Hari -
Ahli Akademik (Tetap) 15 / 90 Hari 4 / 7 Hari 1 / 7 Hari
Staf Bukan Akademik (Sambilan / Kontrak) 4 / 14 Hari - -
Staf/ Ahli Akademik (Sambilan / Kontrak) 10 / 14 Hari - -
Pengguna Luar 3 / 14 Hari - -

Peraturan Pinjaman

  • Akses kepada sumber digital di dalam dan luar kampus adalah terhad kepada warga ASWARA dan ahli berdaftar sahaja.
  • Orang awam atau pengguna luar boleh mengakses koleksi di dalam premis perpustakaan dengan kadar bayaran kehalian yang telah ditetapkan bagi tujuan pinjaman.
  • Akses dan kelayakan pinjaman tidak boleh dipindah milik. Peminjam tidak dibenarkan membuat pinjaman atau pembaharuan bahan untuk pihak ketiga.
  • Ahli perpustakaan yang membuat pinjaman bahan perlu menyerahkan kad matriks/ kad pekerja / kad keahlian dikaunter perkhidmatan. Sila laporkan kepada perpustakaan dan pihak keselamatan sekiranya anda kehilangan kad matriks/kad keahlian.

Pembaharuan Pinjaman

  • Peminjam boleh memperbaharui pinjaman melalui kaunter perkhidmatan, panggilan telefon di talian 03-27786064 ; atau melalui akaun pengguna di WebOPAC.
  • Tempoh pinjaman diperbaharui sebanyak tiga (3) kali secara automatik. Peminjam boleh memohon lanjutan tempoh pinjaman dengan syarat bahan tidak ditempah oleh pengguna lain.

Tempahan Bahan

Bahan dalam pinjaman
  • Buku yang sedang dalam pinjaman boleh ditempah oleh pengguna lain. Tempahan bahan boleh dibuat dengan melengkapkan borang perkhidmatan pengambilan koleksi atau melalui WebOPAC.
  • Pemakluman status pemohonan dalam tempoh 3 hari bekerja melalui emel.
Bahan tidak ditemui
  • Perkhidmatan ini disediakan sekiranya bahan perpustakaan tidak dijumpai dan tidak dipinjam. Sila rujuk staf perpustakaan yang bertugas dan melengkapkan borang perkhidmatan pengambilan koleksi. Tempoh pencarian bahan adalah selama 3 hari bekerja.
  • Pemohon akan dimaklumkan status pencarian bahan melalui e-mel. Buku yang telah dijumpai akan masukkan ke dalam akaun perpustakaan pemohon sebagai tempahan sedia diambil untuk pinjaman.

Denda

Pendokumentasian denda adalah di bawah Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3 Tahun 2022 .Terdapat 2 jenis denda boleh dikenakan kepada pengguna seperti berikut :
Denda lewat pemulangan
 
Denda akan dikenakan pada pengguna sekiranya melebihi tempoh pinjaman mengikut kelayakan pinjaman yang ditetapkan. Had denda maksimum yang dikenakan bagi setiap bahan yang melebihi tempoh pinjaman. RM 100 / item
 
 KATEGORIKOLEKSI AMKOLEKSI RUJUKANKOLEKSI MEDIA
Pelajar RM0.10 / Hari RM0.30 / Hari RM1.00 / Hari
Pensyarah / Ahli Akademik / Pegawai / Pengguna Luar RM0.20 / Hari RM0.50 / Hari RM1.00 / Hari
 
Denda kompaun kepada bahan-bahan yang hilang atau rosak
 
PERKARACAJ BAHANCAJ PROSESDENDA LEBIH TEMPOH
Bahan yang dinyatakan harga Jumlah bayaran adalah berdasarkan jumlah tertinggi antara harga semasa bahan tersebut dengan harga yang dibayar semasa proses perolehan RM 20 /bahan Sekiranya melebihi tempoh pinjaman
Bahan Tanpa Harga (Penerbitan Tempatan) RM 50/bahan RM 20 /bahan Sekiranya melebihi tempoh pinjaman
Bahan Tanpa Harga (Penerbitan Luar Negara) RM 150/bahan RM 20 /bahan Sekiranya melebihi tempoh pinjaman
Bayaran Denda
 
Bayaran denda boleh dilaksakan secara TUNAI di Kaunter Perkhidmatan Perpustakaan atau bayaran dalam talian melalui akaun pengguna di WebOPAC.
Rayuan Bayaran Denda
 
Pengguna yang dikenakan denda boleh memohon pengurangan dengan mengemukakan permohonan bertulis tertakluk kepada syarat berikut :
  • Pengurangan hanya dibenarkan bagi denda lewat pemulangan
  • Jumlah denda mesti melebihi RM50.00 bagi pelajar dan RM100.00 bagi staf dan lain-lain kategori keahlian.
  • Kelulusan rayuan hanya boleh diberi SEKALI sahaja
Bayaran Melalui Pemotongan Gaji
 
Bagi staf bayaran melalui pemotongan gaji adalah dibenarkan dengan syarat berikut :
  • Jumlah denda mesti melebihi RM100.00
  • Pemotongan minimum RM 50.00 /sebulan
  • Menghantar borang permohonan yang lengkap kepada pihak Perpustakaan ASWARA