Alat Kebolehcapaian

Perkhidmatan Pengambilan Koleksi

Perkhidmatan Pengambilan Koleksi membolehkan ahli berdaftar Perpustakaan untuk membuat permohonan dan mengambil bahan yang terdapat dalam koleksi dengan syarat yang di tetapkan.

Perkhidmatan ini memberi peluang kepada pengguna yang tidak dapat datang ke perpustakaan pada waktu perkhidmatan untuk mendapatkan bahan rujukan dalam koleksi perpustakaan.

Terma & Syarat

  • Perkhidmatan ini terhad kepada pelajar ASWARA dan kakitangan di luar kampus sahaja.
  • Perkhidmatan ini PERCUMA.
  • Pemohon mestilah ahli perpustakaan dan keahlian masih aktif.
  • Sebelum meneruskan permintaan, pemohon diwajibkan untuk menyemak imbas ketersediaan buku yang diperlukan melalui WebOPAC perpustakaan.
  • Tidak terpakai pada bahan yang berstatus “Checked Out”
  • Permohonan hendaklah menggunakan emel rasmi ASWARA (********@aswara.edu.my)
  • Setiap pengguna hanya dibenarkan membuat permohonan maksimum tiga (3) bahan dalam akaun perpustakaan pada satu masa.
  • Bahan yang dimohon akan disediakan dalam tempoh dua (2) hari bekerja.
  • Pemohon akan dimaklumkan tentang maklumat pengambilan koleksi. Pihak perpustakaan akan menggunakan emel untuk sebarang kemas kini. Sila berikan maklumat untuk dihubungi yang sah.
  • Sebarang alasan tidak mengetahui atau tidak dimaklumkan mengenai proses pengambilan tidak akan dilayan.
  • Kelayakan pinjaman umum digunakan. Pemohon boleh meminjam buku sehingga had pinjamannya.
  • Pemohon terikat dengan terma dan peraturan perpustakaan untuk pinjaman tertunggak dan kehilangan atau kerosakan buku perpustakaan yang disemak di bawah akaunnya.
  • Perpustakaan berhak untuk menolak permintaan jika perlu.
  • Sekiranya bahan yang dimohon tidak diambil dalam tempoh tiga (3) hari, permohonan akan dibatalkan secara automatik.
Mohon Di Sini

Sila klik butang Mohon untuk membuat permohonan dan mengakses bahan yang terdapat dalam koleksi, tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.